♥ A PERSON THAT TRULY LOVES YOU WILL NEVER LET YOU GO. NO MATTER HOW HARD THE SITUATION IS. ♥

~ WelcOme hOmE ~

My music My sOul

Masa itu EMAS ^^

Saturday, October 29, 2011

NiSemilan Monang !!

Hobin jang hObin mOnang !
Apa pon adatlah permainan ade yg menang ade yang kalah.. :))
Bermaruah la kitO mOnang malam ni...
Mmg hObin jang hObin !!! :)))
TidO mlm ni mmg lenO la !! ^^

~ SI RUSO MELOMPAT TINGGI. SI PENYU MENANGIS  LAEI ~
Tak bOleh di nafikan kehebatan pasukan rusa !
Mmg TERBAIK !!!
Apa lg..ALHAMDULILLAH kito mOnang laei.. ^^
Pueh ht.. :)
Wassalam... :)))) Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

DeDicaTed ------ > Kamu yg membaca sahabatku :)

Buat temanku yg sedang bersedih
setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan aturan ceritanya
rasa itu tetap sama
suatu kesedihan yg berat
kita terbelenggu di dalamnya...


Kita mahu keluar dari silam
dan melupakan segala
tetapi kenangan itu tak terpadam
ia bukan seperti karya novela
yg boleh diubahsuai jalan cerita
mengikut kata hati pengarangnya...


Kita meniti perjalanan realiti
takdir Tuhan yang Maha Mengetahui
segalanya dibawah lembayungNya
kita berusaha tetapi Dia jualah yg menentukan
percayalah sayang...
apa yg berlaku ada hikmahnya
kerana Dia jualah Maha Menyayangi
takkan ditimpakan ujian kepada hambaNya
sekiranya kita tak mampu menanggungnya....


Kau berkata, sayang
tiada siapa yg tahu selama ni tentang dirimu
sebahagian kisah hidupmu adalah suatu rahsia
nasibmu yg malang hanya kau pendam
kau menangis kesedihan keseorangan
oh sayang...betapa kita ada persamaan
aku juga tak mahu orang tahu
betapa aku juga mempunyai kisah sedih
namun ketahuilah sayang
setiap insan pasti ada secebis rahsia
yg seboleh mungkin mahu dipadamkan
walau berkali-kali mencuba tidak mungkin
mustahil kita menidakkan
sesuatu yg telah terjadi....


Sayangku...
kumengerti perasaanmu
bersabarlah sayangku..
ujian itu tanda Tuhan sayang kita...
Tuhan mengasihi orang yg sabar
pasti doamu suatu hari kan terjawab
jgn kau berputus asa pada rahmat Tuhan
kepadaNya sahaja kita berserah....


Sahabatku yang sedang bersedih
sapulah air matamu yg sedang mengalir
aku begitu sayu melihatmu begitu
mahu kusapu air mata itu dari pipimu
dan memelukmu dalam dakapanku
sambil berkata "Segalanya akan baik-baik saja"
ya...harapanku ada senyuman dibibirmu
senyuman yang bukan dipaksa
tapi terbit dari hati...


Sahabatku jangan bersedih..
kuizinkan kau menabir dirimu
hakikatnya bukan kau saja
percayalah ramai lagi yg berteduh di sini
dengan identiti yg berbeza-beza
namun punya hati yg sama....


Tidak mengapa sayang
ia bukan suatu dosa
asal saja ia dapat meringankan bebananmu
itulah yg paling kudoakan
luahkan segala curahan hatimu
selagi ia terpendam di lubuk jiwa
selagi itu kutahu ia memedihkan
bagai hati kita dirobek-robek
menjadi kepingan-kepingan
yg terbang dek angin
tapi pulang kembali memakan diri...
alangkah sadisnya..
bertahan sayang..bertahan...


Tuhan mendengar rintihanmu...
Buat sahabatku yang membaca puisi ini
benarlah puisi ini dikarang khas buatmu
sekiranya kau sudah habis membacanya
ingatlah bahawa ada seseorang
yg mendoakan kebahagiaanmu
percayalah bahawa dalam dirimu ada kekuatan
kau pasti dapat bangkit semula
dan menyapu rasa sedih dan kecewa
lantas membina semangat baru
suatu kehidupan yang tenang
dan diselangi keceriaan dan tawa...


Sayangku...
Senyumlah...
kerana aku turut tersenyum
melihat kau mula mengesat airmatamu
dan menguntum senyuman.....


Aku yakin sayangku...keceriaan akan kembali semula....




Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Kes Demam bOla ! Tp Di Sebalik Demam bOla......................

Assalamualaikom sahabat2 semua....
Selamat malam... :) Dah sOlat lOm?
Dah dOa n9 menang mlm ni lOm? hehehe....
Saje jOke di mlm hari.......
Ok mlm ni apa tOpic kite nk debat kan eh..?
Oooo sy baru perasan.....Ckp pasal demam bOla...
Selak paper je citer bOla...
Tak ketinggalan kes BUANG BAYI...
Ckp pasal kes buang bayi.. :)
Yer la rata2 now day bkk paper je mesti ade kes buang bayi.....Betul tak..?
And mostly mesti tindakan perempuan yg buang baby tu nampak bOdOh dan mcm xde ht perut kan?
Tp kan kwn2...U all pnh sedar ta..? At least letak diri kite bile di tempat perempuan tu..Apa yg kite buat..?
Maybe korang ley kata, If korang kt tempat mother tu korang akan kate cam ni : " aku xkn buang baby tu..ak nk bg org",
"aku xkn bunuh baby tu law ak kt tmpt budak ni,xgamak aku nk buat mcm tu"
But barapa ramai yg sedar? Sbb kita ta alami tu semua kite bOleh la kata cam tu kan...
Cube kalau kite yg alami pekara tu..? Teringat lg ke kata2 kite yg dlu tu? kompem tak ingat dah kan? :)
Kdg sy kesal bila ada segelintir pihak salah kan perempuan tu....
lg2 law yg bercakap dan memaki hamun tindakan perempuan tu adalah seorang PEREMPUAN juga....

Cute kan? :)



Saya bkn nk menangkan sapa2..Tp cuba anda2 pikir...SEDAP,SERONOK nak bersama-sama (lelaki dan perempuan) tp knp bila pmpn tu bersalin dia seorang? mana pasangan dia? mana lelaki tu?
Sy bercakap sebagai seorang manusia,sebagai seorang jururawat...Jgn ckp perempuan tu bodOh...Jgn tuding jari pd dia...Sbb apa sy kata cam tu??? Sbb perempuan ni di lahirkan dgn 9 nafsu 1 je akal....Sbb tu semua tindakan perempuan ni pincang...Jd sy x terkejut bila taw dia amek keputusan yg silap dan nampak x masOk dek akal..sedangkan lelaki ade 9 akal 1 nafsu....Tp mana hilang akal2 lelaki tu??? knp 9 akal tu tak dapat menyelamatkan perempuan yg ade 1 akal tu je? Bia kan perempuan tu tanggung semua seorang diri....Patot ke? Sbb tu la perempuan tu bertindak di luar jangkaan....



Cube diri kite dah panik,pressure,org pandang serOng sbb da bawak perOt 9 bulan tanpa suami,kje nak sara diri lg..itu law dok sendiri..law dgn family....? kne marah kne pukul....mana dgn nk carik duet nak lahir kan anak...penah kite terpikir.? Knp perempuan tu bertindak bodoh..? bila dah panik semua bende boleh jadi..

So x perlu lah kite tuding jari pd sape2....Pd perempuan tu dah tentu dia silap..Tp x perlulah kite menjadi hakim dunia ni...Allah tu ada...Jgn krn kite terlampau banyak jatuh kan hukuman pd sesuatu pekara yg kite tak pasti buat dose kite makin bertambah. Jaga buku amalan masing2....Setiap yg berlaku ade sbb nye..ade hikmah nya....Semoga Allah Lindungi kte walaupon dimana kite berada... Ingat lah...Jauhilah zina..Sesungguhnya zina adalah pekara paling terkutuk !



P/s: Esok nak beli paper nk tgk ada tak kes buang bayi lg.? :) Harap2 xde la...Sama2 la kite muhasabah diri yer.. :) Wallahualam... Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

TIPS: PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

Anda bertudung??? sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? kelimumur? berminyak? semua boleh sorok bila bertudung. 
Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang, dipijak dan dicampak jauh-jauh. apekehel fikir macam tu??
even kita bertudung, kita mesti la jaga rambut kita sama atau kurang sikit tu boleh la dari orang yang tak bertudung....
(takkan hari-hari nak blow rambut kan...)


(Saje gedik letak gamba ni mOtif apa pon sy tataw....muahaha)


Korang pernah dengar tak istilah rambut ni mahkota wanita?? maksudnya tu... korang kene jaga rambut tu sebaiknya..... amboi, kalau bab muka tahu je nak beli toner lah, pelembab lah, ni la... kalau bab rambut ala kadar je ek...
bila anda tau anda cantik di dalam, 
pastinya anda akan membawa diri anda dengan lebih keyakinan.

memang tak dinafikan la, nak jaga rambut yang bertudung litup ni memang susah la....rambut dan kulit kepala yang betutup setiap hari boleh menyebabkan kerosakan pada rambut kalau salah cara penjagaannya la...

)Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah
1) Berkelimumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah

Saya boleh katakan majoriti akan mengalami lebih dari satu masalah yang saya sebutkan di atas.
Apa yang perlu anda lakukan?


1)Tidak Perlu Cuci rambut setiap hari


Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh. tetapi.... ada tetapi ni...
Sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari.
kang datang kerja, bau pelik pulak kan...

bagi yang perlu syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu, pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi. pastikan nak cuci rambut tu, selepas balik kerja la kan.

2) Pilih tudung yang sesuai

Bagi wanita yang bekerja seperti saya, kita bekerja selama 8 jam. Jadi, selama 8 jam tu duk balut ke kepala dengan tudung kan. Pemilihan tudung dari fabrik yang sesuai sangat penting la. Pilih tudung dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, korang boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung korang, semakin susah rambut nak bernafas. (kan dah keluar hipotesis sains )

3) Elakkan dari mengikat rambut Basah

Pastikan rambut anda kering sepenuhnya sebelum mengikat rambut/ memakai tudung.
Ini adalah punca utama yang menyebabkan rambut berbuah.sikap malas untuk mengeringkan rambut ini bukan sahaja menyebabkan rambut berbuah, tetapi juga contribute kepada rambut yang busuk. mesti korang dapat bayangkan camne bau rambut busuk kan.. kan...

dan kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar bahawa rambut mereka berbau kerana mereka sudah immune.
Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengeringkan rambut, jangan basuh rambut di waktu pagi sebelum pergi kerja, basuh sahaja di waktu malam....kan senang..

4) Gunakan Syampoo yang betul 

Kadang-kadang kita ni pergi pasaraya, main belasah je ambil syampoo. Ko rambut gugur, pergi ambil syampoo rambut berminyak. ko yang rambut berminyak, pergi beli syampoo untuk rambut kering. So, sangat salah ok... patikan korang dan nana juga( kesedaran pada diri sendiri) peka dalam membeli satu-satu syampoo ni lah... Dan jika satu jenama tu, korang nampak macam tak ngam je dengan rambut korang kan, cuba la cari produk yang betul-betul sesuai.Jika korang  sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.

Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan korang  mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

5) Rawatan Rambut

masalah orang bertudung/berhelmet/bertopi adalah pengumpulan bakteria di kulit kepala. 
bakteria ini akan menyebabkan kebanyakan masalah yang ada. rajin-rajinkan lah diri ke salun untuk membuat scalp treatment. kalau ada masa, sebulan sekali, kalau bz, dua bulan sekali pon tak apa... tidak semestinya jika kita ni bertudung, kita tidak boleh nak manja-manjakan diri kat salun kan...

Tips lain:

1)   Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kasar

2)   Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

3)   Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

4)   Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

5)   Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

6)   Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari.
Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

7)   Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

8)   Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

9)  Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergerigi jarang.

(sumber dari website launge hair studio and sis nana)


Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Jempot la singgah and join yer kawan2 :)

Jempot la singgah and join yer kawan2 :) Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Muhasabah Diri ^^

Assalamualaikom kwn2... ^^ Selamat pagi dan selamat 1 malaysia.....
Pagi2 ni bangun je dr tdO sy terus terkenang-kenang topic ni....
Topic kite now ialah "Apa itu Sahabat". Mesti kOrang semua pelik nape sy tibe2 terpikir bab ni..Ok,reasOn dia sng je..sbb salah seOrang sahabat "baik" dan "rapat" sy telah mengguris ht sy..Bagi saya harapan menggunung masa nk berkawan ngan sy,wt sy percaya yg dia mampu jadi sahabat yg baik. Tapi tu lah...mcm yg org selalu kata..."Bila Allah nk tunjukkan sesuatu pekara". Sy dlm kesusahan krn dia...Sy hlg sahabat2 yg lain krn dia...Sy di benci..di cemuh..di tuduh mcm2 pekara...sampai sy xsanggup hadapi semua tu lg..Waktu ni la sy perlukan dia sebagai "SAHABAT" dan mmg dia ada bersama sy..Bg sy semangat..Tp di satu sudut yg lain sy sedar org yg betOl2 mampu jd seOrang sahabat yg baik atau tidak tu mcm mana...dan betOl sangkaan dan tekaan sy..Di waktu kemuncak kesusahan sy krn "DIA"..Dia senyap je dan tglkan sy mcm tu je...Berlalu tanpa khabar berita..Biarkan sy mcm xde apa2 yg jd..Dan sy dpt taw,dia sedang serOnOk bersama "SAHABAT" baru yg dia da jumpa.Dlm saat sy susah,dia biarkan sy keseorangan dan dia berserOnok dgn org lain...Hanya Kak Lia,Ustazah Nur dan Ros je setia bersama sy...selalu kOl sy..bg sy kata2 semangat..sampai sy mampu bangkit melawan semua cemuhan dan tuduhan2 yg palsu tu dgn berani ! Sy x diam mcm dlu dah...Sehinggalah life sy semakin Ok dr hari ke hr..Hanya mereka bertiga yg sentiasa bersama sy...dan "sahabat" sy tu pon dan seronok dan leka dgn life baru dia...Tapi..........Dgn tak di sangke2 pukul 4pg td,"sahabat" sy tu bOleh kOl sy lek...Minx mf dan bagai2..Sy cume terpikir...Knp mesti sekarang baru teringat sy dan nk carik sy balik?! Sedangkan selama ni awak da tgl kan sy mcm tu je.."PERSAHABATAN" kite hanya berlandas pd perkataan..Dan salah ke bila sy sukar utk memaafkan awak...? Sy susah sbb AWAK ! bkn sbb diri saya ! Dan awak tglkan sy secara tibe2 d saat sy perlukan sOkOngan dr awak....!
Mana kata awak yg awak akan sentiasa ade bersama sy saat susah senang sy? Mana hilang semua kata-kata ni?! Sahabat ke kalau dah mcm ni?



Saya cume nk kata 1 pekara je,bila kite berkawan kite kne ingt bahawa sahabat ketawa mmg senang utk di cari tp sahabat yg kite nak bawak menangis bersama kita..mmg payah la nk jmpe..Bila org baik dgn kita jgn la di balas pekara yg tidak baik..Dunia ni ade hukum karma..Apa kite buat pd org lain...Akan berbalik semula pekara tu pd kite 1 hr nt..Cepat dan lambat je...Janji Allah tu pasti..Setiap perbuatan baik akan di balas baik dan begitu juga sebaliknya.Sy cuma manusia biasa..sy dah jd sahabat yg baik utk MEREKA itu...Tp apa yg MEREKA dah buat pd sy..? Bia lah Allah yg tentukan segalanya..Kalau ikut ht sy,sy xredha dgn apa yg berlaku skrg dgn apa yg mereka2 dah buat pd hidup sy..Andai berpanjangan kecewa sy ni...Anda2 tetap akan carik sy di padang masyar nt utk lunaskan hutang2 ni...Sy xmampu utk kata sy maafkan kalian sedangkan ht sy x redha dgn tiap apa yg berlaku..Sy cume manusia biasa....Maafkan semua silap sy...Tp utk bersahabat bersama anda semula..Sy terpaksa pikir 100x dulu.....Wallahualam...

P/S: " Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada  harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" 
(Saidina Ali)


Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Friday, October 28, 2011

Doa pengubat duka :)




" Ya ALLAH kau jadikan al-quran yang agung itu sebahagian dari hatiku
cahaya jiwaku pengusir dukaku dan penolak kesedihanku juga deritaku..
wahai Yang Amat Mengasihi & Amat Pemurah daripada segalanya "

Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Apa itu SAHABAT...?

Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?



Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan study dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di  mana-mana. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?



Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Saya telah hadapi benda ini berkali kali.


Tapi saya tidak bersua muka dengan mereka. Sebaliknya saya doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata saya. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan seterusnya- Hasut.



Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.




Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Saya pernah. Dan kawan saya ni burukkan saya dekat sahabat saya sendiri. Sampaikan saya dengan kawan yg tidak ada kene mengena pun turut jadi mangsa terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang boleh saya buat? KAWAN BAIK SAYA SENDIRI.

*Saya tidak ada jalan penyelesaian bagi permasalahan ni. cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati lah dalam berkawan.
Ini hanya pandangan saya, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!*
Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Pagi yg suram......

Salam dan selamat pagi sahabat2... :)
Hari nie saya sedih....! Adeh pg2 da sedih....
Sy termimpi ex-bf sy.......! masuk lak dia lam mpi tu...
Persoalan nyer :  BetOl ke mimpi ni xkn jd kenyataan??
Law la ley jd kenyataan mesti sy org paling bahagia kan.. :)
Takpe la....kdg2 sy x paham knp da nak masuk 3 tahun sy break ngan ex-bf sy..
tp knp sampai skunk sy xley lupa kan dia...mmg la betOl sy ikhlas ngan dia...
but fitrah as a wOmen mmg cam ni kOt sy rasa.....Asal sy ley  terkenang dia lg !!
Hehehe masa dia htr sy pg sekOla...Dia jmpOt sy lek sekOla...
Dia bawak bekal kt sy masa kt sekOlah....Dia bawak sy g jalan2 kt pasar mlm...
Kami ske date sambil mkn COKLAT ! Opps my fevret !
Setiap kali kami date mesti dia bawak kan sy coklet...
And percaya atau x,sy masih simpan pembalOt cOklet yg pertama dia bg sy dlu...
Masa 3/8/2006 (baru dpt lesen dr family la ni......ley date2)
padahal kwn since 2004.....giler kan kami....I still remember...Sy tny dia..
Knp awak ske sy? and then dia jwb : " Sy ske tgk degil awak...keras ht awak..buatkan xde 1 pon lelaki yg berani dekati awak..Bila sy xde nt bOleh la awak jaga diri awak elOk2." :(
Sy teringat semua pekara....Mcm mana masa awak susah...awak kje kilang.....
awak xde sape2....awak minx pd sy...SETIA lah bersama awak d saat susah sng awak...
Sy xpnh berganjak setapak pOn,malah ht sy xpnh berubah....Sy ttp CINTAKAN awak..
Sampai la 1 masa,awak dtg rumah sy n bgtaw yg awak nk masOk army....
Sy rasa dah yg kite mkin berjauhan dan xkn mcm dlu lg....Hidup sy berubah.....
Sy teringat mlm terakhir kite masa kt uma sy kite duduk same2 with arwa mama n pak tua..
Sy menangis...Awak nk tgl kan sy dah...awak nk g Ulu Tiram....Awk ckp awak pergi tu lama...
Tuhan je taw ht sy rasa apa masa tu...
Awak ckp dan bisik pd sy : "Abg xnk ayg sedih,abg pegi utk kite..Demi masa depan kite..Abg wt semua ni sbb ayg,Abg nk ayg tgu abg"
Awk ingt lg apa yg awak ckp kan nih? Mesti awak da lupe skrg kan.? :) Xpe la..
Sy SETIA tgu awak....sampai 1 saat awak kol rumah sy...setelah 5 bulan xde kabar berita....
Sy terdengar dlm talipon tu suara awak ! Sy x dpt kwl kegembiraan sy......sy menangis...awak pujuk sy..
awak bgtaw mcm2 pekara kt sy.....sy rdu awak !!! masa tu jugak sy berkobar2 nk jumpe awak bila awak kte awak da lOnggar siket kt sana...Sy ngan arwa mama..masak mcm2 dan bekal kan mcm2 utk awak...
Sambal tempe campOr ikan bilis yg sy wt pedas2 tu....awak ingt lg..?? :)
Sambal sardin kesukaan awak..? awak ingt lg..?
Sy pegi ke PD sekeluarga utk jengOk awak....dgn ht berkObar2....tp sy xdpt jmpe awak...
Awak ade latihan TTS masa tu...Sy menangis lg...arwa mama pujuk sy.... :(
Awak taw ke pe sy rasa masa tu?
Sampai la awak da nk tamat latihan awak soh sy ngan keluarga dtg....
sy dtg.....sy nampak awak.....ssy menangis lg..rdu nye.....sy nk pelOk awak.....
Awak pimpim tgn sy....awak pimpin tgn arwa mama...mama da nazak masa tu...tp masih boleh n daya kan diri dia nk tgk awak....awak tak ingt ke semua ni?
Dan awak dah masOk unit...21GGK.. :)
Sy bangge dgn kejayaan awak... :) awak cerita awak kne ragging...
hr pertama awak kne bogel 1 malam depan semua org...
sy gelak puas2....lucu sy pikir2 lek...kite ketawa sama2....kite bahagia... :)
Tapi.......
Awk dpt cuti...awak balik kg,jmpe sy dan keluarga mcm biasa....
Sy tgk awk dah berubah.....sikap awak dah lain......awak leka main msg....sy pelik....
Rupa2nya.....bila sy rampas hnset awak....Sy bace msg2 tu semua...
Depan keluarga sy...hancOr ht sy...Rebah sy masa tu jugak....
Awak paham ht sy rasa pe masa tu? itu lah permulaan mendung hubungan kite...
Sampai la klua nama "JANNAH" perempuan yg menghancurkan hubungan kite...
Alasan awak,sbb sy jauh drp awak....awak nk sy duduk dkt ngan awak...
Sbb jauh awak duakan cinta sy..? awak curang sbb jauh.?
Sy x pnh pon terpikir nk curang dgn awak....sedangkan sy jauh jugak dpr awak.?
apa beza kita? ht awak dah berubah kan..?
Bertahan jugak kite 2 tahun lebih dlm kecewa ni.....
Tp awak ingt masa arwa mama meninggal....? Awak org pertama yg sy kOl....
Sy terduduk masa tu..sy tataw nk wt pe...awak org pertama yg sy pikir kan..
sy kol awak bepuluh2 kali....awak x angkt....knp??? awak wt apa sampai x angkt kol sy.?
awak kt mana? pegi mana? dgn sape?
Last2 sy kol kwn awak...kwn awk kate awak baru klua ngan 1 pmpn....
Bertambah2 hancur ht sy......berganda-ganda kecewa sy...
Time kasih awak bls semua kasih syg dan cinta sy pd awak dgn cara mcm ni....
Awak bahgia bersama jannah skrg kan...alhmdlh la.. :)
Awak dpt apa yg awak nk...sy xde sape2...sy belajar idup sendiri.. :)
Awak ingt lg? awak ske sy sbb apa? ingt kan..? now sy jd mcm yg awak nk...
Awak nk sy jaga diri sy masa awak xde....mgkin awal2 dlu sy gagal kwl diri..
tp alhmdlh skrg sy makin dewasa...sy taw dan makin paham apa erti sebuah kehidupan...
Sy hargai cinta dan kecewa yg awak beri pd sy tu....
Tp..PERNAH AWAK PAHAM DAN TAHU APA YANG SAYA RASA DAN TANGGUNG DI SEBALIK KEBAHAGIAAN AWAK SKRG.?
Terima kasih pd kenangan.......Ingt jnji2 kite dgn arwah mama? mesti awak x ingt dah...

Gambar kite yg terakhir..
Sy gembirakan awak d hr terakhir kite jmpe...
Tp dlm ht sy.?
Alhmdlh la awak da bahagia skrg...sy tumpang bahagia awak tu.. :)
Wassalam... Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Tuesday, October 25, 2011

Coretan suka duka waktu begelar JURURAWAT PELATIH...

Saya seorang JURURAWAT ! 

Riang Ria bersama ! 

Kenangan di KK Semenyih.

I love him !

Sebelum masuk dewan exam sem 7..

Settle kan case study kami..!! :)

K E N A N G A N

Lepas duty PM shift di Hosp Putrajaya !

Ward 4 hosp Putrajaya !

Macam-macam ada !

Rehat time di Perak Community Specialist Hosp.

Gaya seorang student nurse !

Bersama syamimi...kwn baik sy !


Bersama umi di TTDI

My Bff ! Mimi,ena,wanda,ziela :)

Last day at Perak !


Bahagia nyerrr !

Ouh !!! hehehehe...

Suke-suke !

Wink2 !
Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Bacalah...Anda nak tahu apa itu jururawat...??






Artikel ni jmpe kat internet masa saya sedang leka membaca,pendapat seseorang.. thankz~~~

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?


Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)
i'm proud to be one of NURSES out there..


Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Assalamualaikom.

Salam....
lama dah rasa aku x update blog...
semenjak da abes blaja....
jarang meng"update" blog nih...
Now life ak semua berubah...
Dr bersama cik taufik...
now sy dah SINGLE...
Sound like best....
tp 1001 mcm dugaan yg sy dah tempOh sepanjang 5 bulan ni..
Drp status student...now da grad...
Ak skunk buang masa dok uma je la..menunggu org masOk minang...
huhuhu....x lar.. :)) ak dok uma sambil mencari kerja..dan dlm masa sama ak ngah
men"settle" kan lesen kereta motor ak.. :) serOnok bila tgk kwn2 kls ak semua dah kawen..
Ak bila lg? hahaha....mcm xde harapan la nampak nye...
Btw sebelum lupe...Tahniah dan selamat pengantin baru
kpd rakan sekelas ak d kolej dlu : kak ayu,kak iqa,mek,kak ila,amoi,kak zue, n sape lg yg ak x sebot.. (sbb ramai sgt beb ! ak x bape pasan dah..) SELAMAT PENGANTIN BARU !!!
xlupe juga kpd kawan baik ak ! :) SYAMIMI....bakal menyusul 8/12 ni...nantikan ak turun ke kedah nt ok !
fuh ! seronok nye.....semua nk kawen and dah kawen.....
kak zue lak da d sah kan mengandung....kak jie lak nga bilang hr nk bersalin....adeh....bahagia nye mereka2..
ak pon bahagia bila tgk kawan2 bahagia... :)
TAMAT sudah sesi persekolahan kite d kolej...
Konvokesyen pon da selesai....ALHAMDULILLAH....terasa hidup ni lgkp...
walaupon tanpa ade yg tersayang....ak x kn bercinta lg..tp itu x bererti ak mengalah...
InsyaAllah..ak percaya...ade jodoh..pasti akan ketemu jua kan...
akan ade DIA yg Allh cipta kan utk AKU... :)

wah ! seronok ak bercerabih yer....ok la dear...ak share la pic baru2 ak..n pic konvo....selamat cuci mata !!! :)) wasalam ! :)

masa ni nga tgu giliran masOk ke dewan utama.

dah sudah CONVO !

Latest pic....Rini punyer..

with ayah....I love ayah !

Sebelum pakai jubah....

mengade2 !
Nak tahu lagi? Klik Di Sini..

Tuesday, October 4, 2011

myMetro | Titisan darah kesan suspek

myMetro | Titisan darah kesan suspek Nak tahu lagi? Klik Di Sini..