Berjodohkan seorang tentera.
(kalo anda sebagai seorang isteri.......)
Tak pernah terbayangkan langsung masa dulu. Sikit pun aku tak pernah terpikir yang aku akan berkongsi hidup dengan seorang tentera. Tak kisahlah tentera laut ke darat ke udara ke, langsung tak pernah terlintas.
Tapi itulah jodoh namanya. Tak kisahlah tak pernah lintas ke tak pernah seberang ke kalau dah tertulis itu jodoh kamu, maka berijab dan kabul la kamu berdua.
sepanjang aku berbuah hatikan sang tentera, memang banyak pahit manisnya. Kalau nak diibaratkan mungkin dah jadi ikan siakap tiga rasa! Pahit manis payau! Haha.
Kamu rasa best ke jadi kekasih/isteri tentera???
Uiii...best apa, byk syokkkk....
1. Abang-abang tentera biasanya disiplin diri sangatlah tinggi. Kalau setakat nak kena bangun seawal subuh pagi tu memang takde hal la. Jadi tiada masalah untuk susah payah jadi jam loceng mereka. Memang sangat punctual, kemas, hebat bergaya. Markah tinggi untuk disiplin diri.
Errr...tapi incik suami ada masalah untuk sidai towel di ampai selepas mandi. Beliau lebih suka sidai atas tilam. Huhu.
2. Sangat protective. Sesuai dengan kerjaya mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk negara, macam tu jugak la mereka sanggup perjudikan diri untuk kamu.
Macam aku, aku sangat fobia terhadap anjing dan kera/monyet. Sangat takut hokey? Sampaikan kalau aku terserempak anjing on the way nak ke kedai, ke mana ke, aku lebih sanggup pusing balik ikut jalan jauh ataupun tak payah teruskan jalan. Terus meluru balik ke rumah dengan nafas laju menggila. Gila seram.
Tapi bila ada incik suami di sebelah...
Anjing ke kera ke monyet ke..
Apa ada hal??
ceh.
3. Ayat power. Hahaha.
Ko ingat ni iklan power ruk?? *saya menang moto. Terima kasih pawaruk*
Haha.
Tapi memang itulah yang aku rasa. Incik suami macam punya kuasa dalam bab-bab mengayat ni. Aku pun kadang heran, aku merajuk la sebesar mana pun. Kadang tu sampai dah sms "benci" "meluat" "menyampah" segala bagai yang busuk-busuk semua aku hambur kat dia. Tapi dia tenang jek. Siap boleh balas balik semua rajukan aku dengan penuh kasih sayang.
Maka mencair la aku bak lilin yang kependekkan sumbu. Haha.
Tapi ada bahayanya juga ayat power ruk ni. Beware!!
Tapi ada jugak tak bestnya bila berlakikan tentera ni. Memang boleh buat makan hati. Kalau makan hati ayam masak kicap ke sedap la jugak. Ini tak...sakitkan hati jek. Huhu.
1. Sakit tak hati kamu bila si dia asik-asik membizi je sepanjang masa. Macam incik suami, kerjanya memang pelik sikit. Satu hari duty 24 jam, esoknya off satu hari. Pastu lusa duty lagi 24 jam, tulat off lagi satu hari. Nampak macam best kan? Selang sehari cuti. Kiranya seminggu kerja 3-4 hari jek. Sorga!
Tapi sorga kebendanya??
Tiap kali off day incik suami akan bantai tido dari pagi membawak ke malam. Abis tu bilanya masa untuk aku?? Haih!
2. Kalau kamu mahu berboiprenkan atau bersuamikan sang tentera, get ready la fizikal dan mental. Jangan terkejut kalau semua plan untuk berdetink, berjumpa, bercanda terpaksa dibatalkan secara mengejut. Pasti akan berlaku.
Macam aku, setakat plan nak jumpa, nak detink semua tu ter cancel tiba-tiba tu memang dah lali dah. Biasa sangat. Kalau kamu nak tahu, aku hampir-hampir terpaksa batalkan majlis perkahwinan sebelum ni semuanya gara-gara prosedur dan gaya hidup pelik seorang tentera.
3. Yang ni aku tak sure betul ke tidak. Nak ulas panjang pun tak berani. Kang tak pasal-pasal kena saman. Haha. Tapi aku memang selalu dengar benda yang satu ni. Dan pernah berlaku depan mata pun. Tapi tak berani la nak komen lebih. Bak kata orang terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata memang di setan-setan ko nanti. Uiii..tak berani.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi betul ke orang kata tentera ni playboy??
Ayakkk!!! Lari!!!! hahahahaha ^^
0 ulasan:
Post a Comment