Setiap orang ada pengalaman dalam hidup.
Tak kisah lah pengalaman dalam mana-mana perkara pun, pahit, manis, masam, masin... Setiap pengalaman yang dilalui tu kadang-kadang sesuatu yang merumitkan, sesuatu yang sangat sukar untuk kita lepasi pada masa tu... Pengalaman pertama kali kemudiannya menjadi pengalaman kedua kali, ketiga kali, keempat kali dan seterusnya. Dan mungkin jee itu pengalaman pertama dan terakhir kita bila perkara yang dilalui tu sesuatu yang kita tak nak lalui lagi untuk kali kedua. Pengalaman yang macam mana tu? Mesti la yang tak berapa nak best kannn...
Tapi... Tak kira lah pengalaman yang pahit, manis, masam atau masin, sedar tak sedar pengalaman ni mematangkan kita. Kita jadi orang yang boleh berkongsi dengan orang lain melalui pengalaman kita. Akhirnya dengan pengalaman kita tu, kita boleh tolong orang lain yang mengalami situasi yang sama macam kita dulu.
Yup, yang lepas biarlah berlalu... Ambil hanya mana yang boleh kita pegang untuk masa sekarang dan masa akan datang...
Jadi, bersyukurlah kerana ada memori tentang pengalaman masa lalu... Tapi jangan simpan untuk diri sendiri saje, kongsilah dengan orang lain... Moga semua dapat manfaat dari pengalaman kita... :)
::T A U F I K S Y U H A DA ::
0 ulasan:
Post a Comment